CARSON: Ribut salji luar musim melanda pergunungan California Selatan di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan berlaku hujan lebat dan salji  melitupi beberapa tempat di kawasan berkenaan.

Ia turut mencetuskan puting beliung kecil pada Khamis.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, lebih daripada 10 sentimeter salji baharu dilaporkan di Gunung Wilson, 24 kilometer dari timur laut pusat bandar Los Angeles.

Ribut bergerak melalui California Selatan semalaman.

Tetapi perkhidmatan cuaca mengeluarkan amaran pada lewat pagi untuk angin sehingga 50 mph (80 kph) dan hujan batu ketika ribut petir bergerak melalui daerah Los Angeles.

Perkhidmatan cuaca mengesahkan bahawa puting beliung EF0 singkat mendarat pagi Khamis berhampiran pinggir bandar Carson.

Puting beliung EF0 ialah paras paling rendah pada skala Fujita dengan angin antara 104 dan 136 kilometer sejam.

Bagaimanapun, kerosakan yang dilaporkan tidak seteruk kemusnahan akibat puting beliung yang melanda LA County pada Mac lepas.